Sudah semestinya semua wanita inginkan wajah yang lembut dan tidak berminyak, kerana lebihan minyak di wajah akan menyebabkan wajah anda berjerawat dan menghilangkan keyakinan diri ketika berada di luar rumah.
Tips mudah ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membeli produk mahal hingga menelan belanja yang tinggi dan mahal kerana bahan-bahannya sememangnya ada di dalam setiap rumah kita.
Bahan-bahan yang diperlukan hanya dua iaitu :
(1) BERAS
(2) SUSU (Boleh guna apa jua jenis susu seperti susu kambing, Dutch Lady, dan susu full cream.
Cara-caranya :
Ambil segelas atau semangkuk beras, basuh beras dengan kiraan rendaman yang pertama bagi mengelakkan kotoran luaran beras itu. Buang air basuhan.
Masukkan beras ke dalam blender. Kemudian letakkan susu dalam anggaran yang bersesuaian untuk dikisar sehingga benar-benar sebati dan menjadi kental.
Pindahkan ke dalam mangkuk atau apa-apa bekas yang sesuai dan biarkan di dalam peti sejuk. Anda boleh juga terus menggunakan ia ke wajah tapi lebih seronok bila digunakan dalam keadaan sejuk.
Letakkan di wajah selama 15 hingga 30 minit, kemudian bilas hingga bersih. Lebihan bahan itu boleh digunakan untuk hari berikut dan bertahan sehingga seminggu. Lakukan secara rutin atau setiap hari dan anda akan dapat hasil yang memuaskan.
SELAMAT MENCUBA.