Punca sukar tidur ada beberapa sebab, antaranya adalah :
1. Kurangnya pembebasan tenaga kalori badan, seperti tidak bekerja, tidak bersenam dan kurang aktiviti
2. Tidur tidak teratur. 1 hari ada 24 jam, 16 jam bangun dan 8 jam tidur, total 24 jam. Jika tidur jam 4 pagi, kemudian bangun selepas 8 jam tidur normal iaitu 12 tengah hari, maka otak akan tidur selepas 16 jam kemudian. 16 jam kemudian ialah jam 4 pagi, sebab tu kadang-kala kita sukar untuk tidur waktu malam hingga menyebabkan tekanan dan ketidakselesaan badan kerana mata pejam terlalu lama tetapi masih tidak dapat tidur
3. Stress, berangan impian berlebihan seperti menjadi raja menakluk negara, terlalu banyak berfikir dan cubaan mencari penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara yang dialami sebelum ini
4. Mengambil pemakanan yang menyebabkan degupan jantung menjadi laju seperti nescafe, makanan pedas dan durian
6. Cahaya terlalu terang
7. Adrenalin badan terlalu tinggi disebabkan sikap berwaspada berlebihan seperti risau pintu belum kunci lalu pencuri masuk, risau ada chat penting di telefon akan masuk dan risau akan sesuatu perkara
8. Gatal badan seperti digigit nyamuk, bangking / kutu tilam dan hama
9. Lapar
9. Lapar
10. Sakit gigi
11. Dan lain-lain
Ada beberapa cara untuk memudahkan tidur dengan cepat, antaranya :
1. Banyakkan mengeluarkan tenaga seperti bersenam, gym, bersukan dan beriadah
2. Berjalan di tengah panas. Tidak perlu hingga kulit menjadi merah, cukup hingga kulit berpeluh (Pastikan ada minum air bagi mengelakkan nyahidrat dan strok)
3. Buat pernafasan melegakan degupan jantung. Semasa tarik nafas, kira dalam hati 4 saat. Kemudian tahan selama 7 saat dan hembus selama 8 saat. Ulang 5 kali atau hingga jantung betul-betul menjadi lega dan tidak berdegup laju
4. Minum teh panas atau ramuan herba sebelum tidur
6. Baca sesuatu yang perlu dihafal seperti menghafal subjek sejarah yang sangat banyak mengandungi ayat. Biasanya menghafal menyebabkan mata terlelap dengan sendiri disebabkan otak bekerja keras hingga menjadi penat
7. Minum ubat batuk 1 sudu kecil sebelum tidur (Saya tidak galakkan jika tidak sakit tekak dan batuk)
Saya doakan semoga anda mampu tidur dengan cepat dan lena...