Peminat K-Pop digemparkan dengan satu kejadian sedih, pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop f(x) Sulli ditemui mati di kediamannya pada petang Isnin, 14 Oktober 2019.
Mayat Sulli telah ditemui oleh pengurusnya di tingkat dua kediaman Sulli di Seongnam, Seoul, Korea.
Berita kematian Sulli telah disahkan oleh pihak polis.
Difahamkan pengurus Sulli telah bergegas ke rumah penyanyi berkenaan selepas gagal menghubunginya.
Kali terakhir pengurusnya menerima panggilan telefon dari Sulli adalah pada jam 6.30 petang (waktu Korea) semalam iaitu hari Ahad (13 Oktober 2019).
Menurut Balai Bomba Seongnam, mereka telah tiba di tempat kejadian ketika Sulli sudah tidak bernyawa.
“Kami menerima laporan waktu kematian Sulli adalah lebih kurang pada jam 3.30 petang. Sulli sudah meninggal dunia ketika kami tiba di tempat kejadian,” kata pihak bomba.
Minggu lalu, Sulli ada membuat pengakuan hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura gembira di hadapan semua orang melalui media sosial miliknya.
Para peminat Sulli telah memberikan komen takziah dengan rasa sedih dan berharap semua ini adalah tidak benar dan hanyalah mimpi semata-mata kerana tidak percaya wanita lemah-lembut yang masih muda dan berpotensi dalam bidang lakonan, nyanyian dan model seperti Sulli boleh melakukan perkara tidak diduga seperti ini.
Rata-rata peminat Sulli meluahkan rasa sedih dengan menyebut lakonan kali terakhir Sulli dalam drama Hotel Del Luna. Sulli menjadi pelakon jemputan pada episod ke-10 sebagai cucu kepada arwah CEO sebuah Hotel tempat Gu San Cheong, pelakon utama dalam drama tersebut yang hendak dikahwinkan dengan dirinya namun telah ditolak kerana Gu San Cheong lebih mencintai Jang Man Wol, pelakon wanita utama dalam drama tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan