Selasa, 15 Oktober 2019

RESEPI AIR BALANG - GREEN TEA

Ramai yang tercari-cari cara membuat air balang sebelum memulakan bisnes bagi memastikan air yang dibuat adalah menepati citarasa pembeli.

Di sini saya berikan secara ringkas resepi air balang untuk kuantiti 33L :

Bahan-bahan :
1. Serbuk green tea 1Kg
2. Susu pekat manis 5 tin ( Susu Junjung paling sedap, tapi mahal)
3. Air panas 3L (Untuk bancuhan larut)
4. Ais 1 beg besar

Cara penyediaan :
1. Masukkan air panas 3L
2. Masukkan serbuk green tea 1kg, bancuh sehingga tiada ketulan
3. Masukkan kesemua susu pekat manis, bancuh hingga sekata
4. Tambah air sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak
5. Ambil sedikit dan letak ke dalam gelas untuk rasa hingga dapat kepuasan yang diinginkan
6. Masukkan ais, jangan sampai tumpah
7. Sedia untuk dijual

*Tips : Letak secubit garam semasa proses nombor 2 jika perlu untuk menambah kesedapan.

SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan