Selasa, 15 Oktober 2019

CARA CHAT WHATSAPP TANPA PERLU ADD CONTACT

Setiap urusan memerlukan kepantasan dalam melakukannya agar urusan tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Hal ini dapat dilihat menerusi panggilan telefon, kebanyakkan urusan panggilan tidak memerlukan seseorang untuk menyimpan save contact terlebih dahulu. Hal ini sama seperti whatsapp. Kadang-kala ada yang rasa malas untuk save contact kerana memerlulan beberapa minit sebelum boleh chat orang tersebut.

Di bawah ini saya akan tunjukkan cara untuk chat tanpa perlu save contact :

1. Buat group whatsapp untuk diri sendiri, contoh tulis nama group whatsapp sebagai NOTA. Remove orang lain lepas buat group agar tiada gangguan.
2. Taip www.wasap.my/6 dan sambungkan satu kali dengan nombor telefon orang itu. Contoh nombor 0145551862, taip www.wasap.my/60145551862
3. Tekan send
4. Klik tulisan yang telah menjadi biru. Lepas klik, whatsapp akan secara automatik pergi ke chat personal orang yang anda hendak chat tanpa ada sebarang nama save contact.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan