Apabila kipas siling rumah sudah terlalu lama, semestinya lama-kelamaan kipas akan menjadi tidak berapa laju.
Habuk pada kipas siling telah dibersihkan, namun power kipas masih tidak kuat walau sudah menggunakan volume nombor 5.
Sekiranya hal ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan adalah menukar satu benda yang terletak pada badan kipas siling, yang dinamakan KAPASITOR.
Kapasitor dengan bacaan 2uF
Kapasitor yang telah rosak akan menyebabkan kipas menjadi perlahan dan nampak tidak power.
Apa yang anda perlu lakukan hanya cabut sambungan kapasitor pada cip, pergi ke kedai alat-alat elektrik, dan minta gantikan yang baru.
Harga kapasitor hanya dalam lingkungan rm7 hingga rm9. Adakalanya kedai mencekik darah hingga meletakkan harga rm12 ke rm15. Jadi, anda kena bijak memilih yang murah.
Bacaan pada badan kapasitor kebiasaannya adalah pada 1.7uF, jadi minta kedai elektrik tukar yang sama atau yang tinggi sikit untuk kelajuan kipas lebih kuat seperti 1.8uF. Jangan melebihi 2.4uF kerana kipas anda akan terbakar kerana terlebih kuasa.
*Matikan suis kipas siling sebelum cabut kapasitor bagi mengelakkan anda terkena renjatan elektrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan